Thursday, 4 December 2014

PANCAKES OATS, RESEPI SNACK UNTUK KANAK-KANAK SIHAT

Mesti ramai mommies yang pening kepala memikirkan nak masak apa untuk anak-anak kan? Bila gigi anak dah penuh, macam-macam jenis juadah boleh kita masak untuk anak-anak dan keluarga kan. Salah satu hobby Fuzza ialah memasak. Dan sekarang ini apabila menjadi WAHM dan bekerja dari rumah, salah satu aktiviti utama adalah memasak. Air tangan ibu dan isteri ni kan pengikat kasih sayang suami dan anak-anak..betul tak?? huhu...

So, untuk sarapan semalam Fuzza telah mencuba sesuatu yang baru. Oats Pancake. Oats adalah salah satu cereal berkhasiat. Oats kaya dengan Fiber dan bagus untuk menurunkan paras kolestrol. Sesiapa yang sedang berdiet pun sesuai mengambil oats. Pancake ni memang kegemaran Fuzza dan Sayf. So, alang-alang buat untuk Sayf, mummy dan papa boleh laa tumpang sekali..huhu

Jom, Fuzza kongsikan resepinya. Ianya sangat mudah. Sekejap jaa dah siap tau.



Bahan-Bahannya

1/2 cawan oats
1/2 cawan air panas

1/2 cawan tepung wholemeal (boleh juga diganti dengan tepung gandum)
1 biji telur
3/4 cawan fresh milk
1/2 sudu serbuk penaik
1/2 sudu garam
1/2 sudu esen vanila

Cara Membuatnya

Masukkan oats dan air panas dalam satu mangkuk dan biarkan sebentar. Dalam mangkuk asing campurkan semua bahan-bahan lain sehingga sebati. Kemudian tuangkan oats tadi dan kacau rata. Selepas itu biarkan adunan sebentar lebih kurang 15minit. 

Panaskan kuali non-stick. Sapukan hanya sedikit minyak. Fuzza gunakan minyak olive. Sendukkan adunan ke kuali dan masak diatas api kecil. Setelah masak, sapukan butter dan juga jem strawberi.



Oleh kerana Sayf adalah peminat tegar Nutella, Fuzza sapukan Nutella untuk dia...huhu Hero makan sampai empat keping.....alhamdulillah!!! Happy bila kita masak dan anak-anak enjoy makan.

Selamat mencuba!!!


Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan pun boleh!! 

Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor

Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!

Salam Sayang....=)



HUBUNGI SAYA ::

Fuzza Nissa

Mobile: 017-6961509
Blog: www.mummysayf.blogspot.com    
Facebook: Fuzza Nissa
Instagram: mummy_sayf
FB Fanpage: https://www.facebook.com/mummysayf

BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI

No comments:

Post a Comment