Wednesday, 7 January 2015

TERUNG BAKAR SAMBAL AIR ASAM, SUAMI MAKAN NASI TAK HENTI-HENTI

Salam sayang buat pembaca blog Fuzza yang disayangi...

Biasa apa yang anda masak dengan terung ya?? Fuzza biasanya masak terung sambal atau terung goreng bersama tepung. Tapi suami tak berapa suka. Sambil tu otak ni pun ligatlah berjalan memikirkan resepi nak ubah suai untuk masak terung ni. 

Bling!!!

Alhamdulillah! Bila niat kita nak masak untuk suami dan anak-anak, Allah swt bagi mudah. Terfikir nak buat Terung Bakar + Sambal Air Asam. Nama pun dah sedapkan?? Rasanya lagi sedap tau (perasan sendiri...hehe) Sayur ni item wajib untuk hidangan keluarga. So kenalah pelbagaikan menu supaya suami dan anak berselera untuk makan.

Ni rupa bentuk Terung Bakar Sambal Air Asam yang Fuzza masak semalam dan dibawah saya kongsikan resepi mudah untuk memasaknya.



Bahan-Bahan


Terung Bakar

1 terung panjang
Garam
Lada Hitam
Minyak Zaitun

Sambal Air Asam

2 biji cili merah
1 bawang besar
1 inch belacan
air asam pekat
garam & gula

Cara Memasaknya


Pertamanya kita cuci terung dan potong ikut suka hati. Kemudian dengan pantas peramkan terung bersama garam, lada hitam dan juga minyak zaitun. Terung tidak boleh biarkan lama selepas dipotong tau kerana ia akan menjadi kehitaman seperti buah epal dan kentang.

Setelah diperamkan sebentar, panaskan kuali grill atau non-stick dan bakar terung diatas api perlahan sehingga masak. Setelah masak diangkat.



Kemudian, dalam kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dipotong dadu, cili merah yang ditumbuk dan belacan. Selepas itu masukkan air asam dan perisakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan mendidih dan tutupkan api

Sambal Air Asam ini boleh dituangkan diatas terung yang telah dibakar ataupun dicecah ketika hendak makan bersama nasi.


Mudahkan?? Siapa kata memasak itu susah?? Hehe...yang penting kita mencuba. So, jangan lupa cuba resepi Fuzza ni tau dan bolehlah sharing hasilnya nanti.


Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan kek, cupcakes, cookies dan pavlova pun boleh!! 

Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor

Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!

Salam Sayang....=)



HUBUNGI SAYA ::

Fuzza Nissa

Mobile: 017-6961509
Blog: www.mummysayf.blogspot.com    

Facebook: Fuzza Nissa
Instagram 1: thesweettoothcupcakes
                   2: mummy_sayf

FB Fanpage: https://www.facebook.com/thesweettoothcupcake
COD :: Sg Nibong, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang

BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI

No comments:

Post a Comment