Salam sayang semua...=)
Semalam Fuzza sempatlah menyinggah di Pasar Bayan Baru, dan alhamdulillah memang rezeki. Sotong sangat murah dan banyak. Segar- segar pulak tu. So apa lagi, grablah sotong untuk dibuat lauk makanan sekeluarga.
Semalam Fuzza sempatlah menyinggah di Pasar Bayan Baru, dan alhamdulillah memang rezeki. Sotong sangat murah dan banyak. Segar- segar pulak tu. So apa lagi, grablah sotong untuk dibuat lauk makanan sekeluarga.
Tapi bila dah balik rumah tu pening kan, tak tahu nak masak apa. Takkan asik nak masak sotong sambal ja kan?? huhu....tiba-tiba blinggg!!! Idea pun datang....dan Fuzza beri nama Sotong Sambal Kicap. Haa...nak tahu resepinya?? Ambil buku nota dan salin tau!! =)
RESEPI SOTONG SAMBAL KICAP
Bahan-bahannya
Size hidangan: 3orang
7 ekor sotong size sederhana
1 labu bawang besar (hiris agak besar)
1 sudu besar halia & bwg putih yang dikisar
1 batang serai (dititik)
1 sudu besar cili boh
1 biji tomato
1 sudu kicap manis
1/2 cwn air
sedikit minyak utk menumis
garam secukupnya
Cara Membuatnya
Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bawang besar, halia&bwg putih dikisar dan serai. Setelah agak layu masukkan cili boh. Tumis sebentar dan masukkan air. Masak sehingga cili masak dalam api yang kecil. Apabila air sudah hampir kering dan cili sudah masak, masukkan sotong, tomato, kicap dan sedikit garam. Besarkan api dan jangan masak terlalu lama untuk mengekalkan kelembutan sotong.
Haaa...senang kan?? Jangan lupa cuba tau!!
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan kek dan pavlova pun boleh!!
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.
Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor.
Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!
Salam Sayang....=)
HUBUNGI SAYA ::
BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI
No comments:
Post a Comment