Wahhh..tajuk ala-ala romantis gituu. Huhu.... actually tiap kali Fuzza memasak Nasi Goreng Tomyam pasti akan teringat zaman belajar di Universiti Malaya. Nak tahu kenapa?? haaa...sebenarnya sebelum itu Fuzza tak tahu cara nak memasak Nasi Goreng Tomyam ini. Ingatkan kalau order, dapatlah nasi goreng + tomyam yang berkuah tu.
Rupanya meleset sungguh sangkaan. Pertama kali rasa Nasi Goreng Tomyam di warung di Kolej Kediaman Keempat UM. Wallahhh!! Memang sedap sekali. Sampai sekarang masih teringat-ingat bau dan rasa makcik tu masak uolllsss. Bila dah habis belajar, dah jaranglah nak kesana makan disebabkan kesibukan. So, Fuzza pun mencuba-cubalah resepi sendiri. Alhamdulillah, bolehlah hampir seakan-akan makcik tu punya Nasi Goreng Tomyam. Tapi makcik tu punya Nasi Goreng Tomyam still the best!!!
Apapun, Nasi Goreng Tomyam ini menjadi kegemaran encik suami pulak. Kalau dah lama tak masak, mesti dia akan mintak suruh masakkan. So, bila ritu encik suami mintak suh masakkan, sempatlah Fuzza snap beberapa keping gambar rupa Nasi Goreng Tomyam ni. Uollss jangan lupa cuba tau!! =)
RESEPI NASI GORENG TOMYAM
Bahan-bahannya
2 pinggan nasi putih
2 sudu besar Thai Cili Paste
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi (ikut citarasa)
1 biji cili merah
1 biji tomato
lobak merah
jagung muda
3 ekor sotong
6 ekor udang kecil
daun ketumbar
daun limau purut
sedikit minyak
sedikit air
Cara-cara Membuatnya
Mula-mula sekali panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan thai chili paste, dan masukkan air. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan daun limau purut, lobak merah, jagung mudah, sotong, udang, dan perisakan dengan sedikit garam.
Selepas itu, bolehlah dimasukkan nasi putih bersama tomato dan juga cili merah. Akhir sekali taburkan dengan sedikit daun ketumbar. Nasi Goreng Tomyam style ini memang agak basah-basah sikit. Sedia dihidangkan untuk keluarga tersayang!!! =)
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan kek, cupcakes, cookies dan pavlova pun boleh!!
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.
Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor.
Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!
Salam Sayang....=)
HUBUNGI SAYA ::
Facebook: Fuzza Nissa
Instagram 1: thesweettoothcupcakes
2: mummy_sayf
FB Fanpage: https://www.facebook.com/thesweettoothcupcake
COD :: Sg Nibong, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang
BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI
wah... baca jek dah fikir sedap giler...
ReplyDeletenak datang rumah mummy boleh.?
in shaa Allah jemput mai umah...=)
Delete