RESEPI PUDING JAGUNG | MAKANAN SEMASA MUSIM PANAS
Semalam Fuzza ada upload video diatas di instagram #mummy_sayf dan ramai pulak yg tertanya-tanya apa yang Fuzza duk masak tu kan....hehe. Sebenarnya Fuzza buat Puding Jagung yang dah lama diidamkan. Alhamdulillah...hari ini Fuzza berkesempatan untuk memasak Puding Jagung yang telah menjadi idaman kalbu dari mengandung haritu. Tapi tak sempat nak membuatnya.
Resepi ini Fuzza ambil dari buku resepi mak Fuzza zaman dulu-dulu tau. Ala-ala resepi pusaka gitu....sebab buku resepinya pun dah mcm antik dah warnanya. Hehe....
RESEPI PUDING JAGUNG
Bahan A
1 paket Agar-agar
2 gelas gula
Bahan B
1 tin susu cair
1 tin jagung cream
2 biji kuning telur
4 susu tepung kastard
Cara Membuatnya
Masak bahan A diatas api hingga cair. Dalam mangkuk asing masukkan semua bahan B dan kacau rata. Jangan bagi tepung kastard menjadi berketul. Selepas bahan A larut, masukkan bahan B secara perlahan sambil teruskan mengacau tanpa berhenti.
Part ini kena berhati-hati sikit sebab kalau tekniknya salah puding boleh jadi berketul-ketul. So, bila adunan dah agak pekat boleh lah tutup api dan tuangkan dalam loyang.
Sejukkan sebentar diluar dan bolehlah disimpan didalam peti ais. Jangan lupa potong sebelum anda makan tau...hehe =) Selamat Mencuba!!!
Sumber : www.mummysayf.blogspot.com
HUBUNGI SAYA ::
Anda mungkin juga meminati::
Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan pun boleh!!
Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.
Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor.
Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!
Salam Sayang....=)
HUBUNGI SAYA ::
BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI
No comments:
Post a Comment