Monday, 15 December 2014

MEE HAILAM EKSPRESS, SEMPENA HARI LAHIR MUMMY

Alhamdulillah, syukur Ya Rabb. Hari ini masih lagi dipanjangkan usia dan diberi nikmat untuk bersama keluarga tersayang. Semalam, sempena Hari Lahir Fuzza, so its an outing day!! Breakfast dan lunch tak masak tau. Namun bila tiba time dinner, kami suami isteri dah takde idea nak makan apa. Tulah betul orang selalu kata, "macam mana pun tak boleh lawan homecook food", betul tak??

Lepas solat Asar dah plan nak shopping barang baking. Namun apakan daya terjumpa Pisang Goreng Cheese yang dah lama diidamkan ni. Walaupun que panjang suami sanggup beratur..haha. So bila sampai rumah dah agak lewat. Kelam kelibut nak fikir masak dinner apa. 

Alhamdulillah nasib baik hari tu masa pergi pasar ada beli mee kuning, terfikirlah nak masak Mee Hailam. Lama jugak tak makan. Actually, Fuzza tak makan mee hailam diluar. Sebab kebanyakkannya akan letak tepung jagung untuk memekatkan kuah. Fuzza prefer kuahnya cair dan pedas. So, orang cerewet macam Fuzza ni better masak sendiri kan?? hehe...

Haa...inilah hasil Mee Hailam Ekspress Fuzza hari ni. Bolehlah kan...janji masak dirumah. Dan yang penting bila suami makan bertambah itu maknanya sedap!!


Bahan-bahannya
(size hidangan 2 orang)

1/4 ekor ayam (dipotong kecil)
1 sudu kecil halia bwg putih dikisar
4-5 cwn air
4 ekor sotong
2 inch lobak merah
4 batang jagung kecil
1 biji cili merah
3 biji cili padi (sy suka pedas, kalau tak suka boleh kurangkan)
4 ulas bwg putih
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
Mee kuning
Daun bawang
Daun sup
sedikit minyak utk menumis

Cara memasaknya

Pertama sekali, potong kecil ayam yang sudah dibersihkan dan rebus dalam periuk bersama air dan sedikit halia bwg putih yang dikisar. Sementara itu bolehlah sediakan bahan-bahan lain. Setelah ayam masak bolehlah tutupkan api.


Tumis bwg putih dalam minyak yang sudah panas, kemudian masukkan ayam bersama air rebusan ayam tadi. Masukkan cili padi, sos tiram dan kicap. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain. Akhir sekali taburkan daun bawang dan daun sup. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bawang goreng dan cili jeruk.



Selamat mencuba!!



Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan kek dan pavlova pun boleh!! 

Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor

Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!

Salam Sayang....=)



HUBUNGI SAYA ::

Fuzza Nissa

Mobile: 017-6961509
Blog: www.mummysayf.blogspot.com    

BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI

No comments:

Post a Comment