Sunday 21 September 2014

RESEPI KEK PISANG IBU BERPANTANG

RESEPI KEK PISANG IBU BERPANTANG




Pisang oh pisang!!! Pisang ni adalah buah favorite Fuzza dan family. Dalam pantang ni memang hari-hari makan pisang kerana ia adalah fiber semulajadi untuk elak dari sembelit. Sayf pun memang sangat suka pisang. Sehari dia boleh makan pisang non stop sampai kami terpaksa nyorokkan pisang dari dia...huhu 

Pisang ni banyak khasiatnya dan kaya dengan pottasium. Ia boleh memberi tenaga segera dan boleh mencegah sembelit. Bayi seawal 6bulan dah boleh diberi makan pisang. Buah pisang ini pun boleh dibuat pelbagai juadah. Pisang goreng, cucur pisang, pancake pisang, bubur pisang, banana split dan macam-macam lagi lah!! Oleh kerana ada kelebihan pisang kat rumah last weekend, Fuzza pun buatlah Kek Pisang Moist. Sangat senang dan simple sehinggakan ibu dalam pantang pun boleh buat tau...!! Hehe....

So, harini Fuzza nak kongsikan Resepi Kek Pisang Moist ni dengan anda semua. Jom kita lihat resepinya seperti dibawah::

Bahan-bahannya


Bahan A

2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam

Bahan B 

4 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula

4 biji pisang berangan (dilenyekkan)
1 sudu besar cuka
1 sudu besar essen vanilla

Cara-caranya


Ayak bahan A dan ketepikan. Masukkan bahan B dalam blender dan blend dalam 3-4 minit. Kemudian masukkan essen vanilla, pisang yg telah dilenyekkan dan cuka kedalam bahan B. Gaul rata. Kemudian masukkan bahan A kedalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan sehingga tidak berketul. Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dan bakar selama 45minit suhu 160 darjah.

Tadaaa!!! Siap sudah Kek Pisang yang lembap dan sedap...hehe

Selamat Mencuba!!!


Sumber : www.mummysayf.blogspot.com

Anda mungkin juga meminati::

Tips Tambah Susu Ibu

Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan pun boleh!! 

Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor

Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!

Salam Sayang....=)




HUBUNGI SAYA ::

Fuzza Nissa

Mobile: 017-6961509
Blog: www.mummysayf.blogspot.com    
Facebook: Fuzza Nissa
Instagram: mummy_sayf
FB Fanpage: https://www.facebook.com/mummysayf

BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI

No comments:

Post a Comment