Friday, 20 March 2015

APAM SUSU KARAMEL BUAT MINUM PETANG ANAK SYURGA

Resepi Apam Susu Gula Hangus | Apam Susu Karamel Sedap Gebu Tanpa Pewarna


Sudah agak lama hati ini teringin nak cuba buat Apam Susu. Dah agak lama jugak Fuzza mencari resepi yang sesuai kat google ni. Kebanyakkan semuanya menggunakan pewarna dan apam susunya pun cantik seperti pelangi dan cantik.

Tapi rasa bersalah sedikit kalau nak bagi Sayf makan bila ada pewarna tiruan disitu. Makanya Fuzza pun mengolah resepi asal itu sedikit supaya sesuai dengan kanak-kanak. Alhamdulillah memang jadi Apam Susu yang sedap dan gebu gebas gituuu....=)

Bagi anda yang ingin cuba resepi Apam Susu Karamel ni boleh ikut step by step yang Fuzza share kat bawah ni ya. Semoga ia membantu utk kita ibu-ibu beri makanan yang sihat untuk anak-anak syurga tersayang.

Bahan-bahannya


1/2 cwn gula pasir
1/4 cwn air

2 biji telur
1 sudu besar ovalette
1/3 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuatnya


Memula sekali kita buat karamelnya. Ambil periuk kecil masukkan gula dan biarkan diatas api sederhana sehingga keperangan dan kacau sedikit. Tutup api. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Waktu ini kena jaga sikit ya kadang kala ia akan terpercik. Kemudian biarkan sebentar.

Dalam mangkuk mixer pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan ovallete, susu pekat manis dan karamel tadi. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan esen vanilla. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan secubit garam kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit hingga sebati. 

Masukkan adunan kedalam loyang berukuran 6 inch yang telah digris sedikit. Kukus selama 40 min. Sejukkan sebentar dan sedia dihidangkan. 

Maaf ya. Gambar ini adalah kepingan terakhir. Laju sangat apam ni kalah pisang goreng =)

Selamat Mencuba!!

Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan kek, cupcakes, cookies dan pavlova pun boleh!! 

Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor

Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!

Salam Sayang....=)



HUBUNGI SAYA ::

Fuzza Nissa

Mobile: 017-6961509
Blog: www.mummysayf.blogspot.com    

Facebook: Fuzza Nissa
Instagram 1: f2h_maclasagnacupcakes
                 2: mummysayf_suka_vitamin_shaklee

FB Fanpage: https://www.facebook.com/f2hmaclasagnacupcakes
COD :: Sg Nibong, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang

BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI