Friday, 20 March 2015

APAM SUSU KARAMEL BUAT MINUM PETANG ANAK SYURGA

Resepi Apam Susu Gula Hangus | Apam Susu Karamel Sedap Gebu Tanpa Pewarna


Sudah agak lama hati ini teringin nak cuba buat Apam Susu. Dah agak lama jugak Fuzza mencari resepi yang sesuai kat google ni. Kebanyakkan semuanya menggunakan pewarna dan apam susunya pun cantik seperti pelangi dan cantik.

Tapi rasa bersalah sedikit kalau nak bagi Sayf makan bila ada pewarna tiruan disitu. Makanya Fuzza pun mengolah resepi asal itu sedikit supaya sesuai dengan kanak-kanak. Alhamdulillah memang jadi Apam Susu yang sedap dan gebu gebas gituuu....=)

Bagi anda yang ingin cuba resepi Apam Susu Karamel ni boleh ikut step by step yang Fuzza share kat bawah ni ya. Semoga ia membantu utk kita ibu-ibu beri makanan yang sihat untuk anak-anak syurga tersayang.

Bahan-bahannya


1/2 cwn gula pasir
1/4 cwn air

2 biji telur
1 sudu besar ovalette
1/3 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuatnya


Memula sekali kita buat karamelnya. Ambil periuk kecil masukkan gula dan biarkan diatas api sederhana sehingga keperangan dan kacau sedikit. Tutup api. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Waktu ini kena jaga sikit ya kadang kala ia akan terpercik. Kemudian biarkan sebentar.

Dalam mangkuk mixer pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan ovallete, susu pekat manis dan karamel tadi. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan esen vanilla. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan secubit garam kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit hingga sebati. 

Masukkan adunan kedalam loyang berukuran 6 inch yang telah digris sedikit. Kukus selama 40 min. Sejukkan sebentar dan sedia dihidangkan. 

Maaf ya. Gambar ini adalah kepingan terakhir. Laju sangat apam ni kalah pisang goreng =)

Selamat Mencuba!!

Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan kek, cupcakes, cookies dan pavlova pun boleh!! 

Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor

Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!

Salam Sayang....=)



HUBUNGI SAYA ::

Fuzza Nissa

Mobile: 017-6961509
Blog: www.mummysayf.blogspot.com    

Facebook: Fuzza Nissa
Instagram 1: f2h_maclasagnacupcakes
                 2: mummysayf_suka_vitamin_shaklee

FB Fanpage: https://www.facebook.com/f2hmaclasagnacupcakes
COD :: Sg Nibong, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang

BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI

Monday, 26 January 2015

2 MINIT, SAYUR BROKOLI CEPAT DIMASAK SENANG DIMAKAN


Sayur adalah item wajib dirumah setiap hari tau. Fuzza ni kalau takde sayur dalam menu makanan seharian memang merunsingkan betul. Dan Alhamdulillah, Sayf pun suka makan sayur macam mummy dia tau!! =)

Tersebutlah kisah semalam nak masak sayur dengan pantas. Lepas tu teringatlah resepi favorite mak Fuzza iaitu sayur brokoli yang boleh dimasak dengan pantas dan sedap dimakan. Haaa...apa lagi dengan pantas buat dlm masa 2minit ja boleh siap tau. Dan inilah hasilnyaa!!! Tadaaa....



Jom Fuzza kongsikan resepi seperti dibawah ini. Selamat mencuba tau!!!

Bahan-bahannya


Brokoli
Minyak Zaitun
Lada Hitam

Air
Garam


Cara Membuatnya


Panaskan air sedikit didalam periuk dan letakkan sedikit garam. Bila air dah menggelegak boleh laaa dimasukkan sayur brokoli. Dalam kiraan 30saat bolehlah angkat sayur dan letakkan didalam mangkuk. Selepas itu tuangkan sedikit minyak zaitun dan lada hitam.

Sedia untuk dihidangkan. Mudahkan?? So jangan lupa untuk mencuba ya. Jadikan sayur item wajib bagi keluarga anda!!


Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan kek, cupcakes, cookies dan pavlova pun boleh!! 

Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor

Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!

Salam Sayang....=)



HUBUNGI SAYA ::

Fuzza Nissa

Mobile: 017-6961509
Blog: www.mummysayf.blogspot.com    

Facebook: Fuzza Nissa
Instagram 1: f2h_maclasagnacupcakes
                 2: mummy_sayf

FB Fanpage: https://www.facebook.com/f2hmaclasagnacupcakes
COD :: Sg Nibong, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang

BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI

Wednesday, 7 January 2015

TERUNG BAKAR SAMBAL AIR ASAM, SUAMI MAKAN NASI TAK HENTI-HENTI

Salam sayang buat pembaca blog Fuzza yang disayangi...

Biasa apa yang anda masak dengan terung ya?? Fuzza biasanya masak terung sambal atau terung goreng bersama tepung. Tapi suami tak berapa suka. Sambil tu otak ni pun ligatlah berjalan memikirkan resepi nak ubah suai untuk masak terung ni. 

Bling!!!

Alhamdulillah! Bila niat kita nak masak untuk suami dan anak-anak, Allah swt bagi mudah. Terfikir nak buat Terung Bakar + Sambal Air Asam. Nama pun dah sedapkan?? Rasanya lagi sedap tau (perasan sendiri...hehe) Sayur ni item wajib untuk hidangan keluarga. So kenalah pelbagaikan menu supaya suami dan anak berselera untuk makan.

Ni rupa bentuk Terung Bakar Sambal Air Asam yang Fuzza masak semalam dan dibawah saya kongsikan resepi mudah untuk memasaknya.



Bahan-Bahan


Terung Bakar

1 terung panjang
Garam
Lada Hitam
Minyak Zaitun

Sambal Air Asam

2 biji cili merah
1 bawang besar
1 inch belacan
air asam pekat
garam & gula

Cara Memasaknya


Pertamanya kita cuci terung dan potong ikut suka hati. Kemudian dengan pantas peramkan terung bersama garam, lada hitam dan juga minyak zaitun. Terung tidak boleh biarkan lama selepas dipotong tau kerana ia akan menjadi kehitaman seperti buah epal dan kentang.

Setelah diperamkan sebentar, panaskan kuali grill atau non-stick dan bakar terung diatas api perlahan sehingga masak. Setelah masak diangkat.



Kemudian, dalam kuali yang sama, masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dipotong dadu, cili merah yang ditumbuk dan belacan. Selepas itu masukkan air asam dan perisakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan mendidih dan tutupkan api

Sambal Air Asam ini boleh dituangkan diatas terung yang telah dibakar ataupun dicecah ketika hendak makan bersama nasi.


Mudahkan?? Siapa kata memasak itu susah?? Hehe...yang penting kita mencuba. So, jangan lupa cuba resepi Fuzza ni tau dan bolehlah sharing hasilnya nanti.


Jemput follow blog ini untuk mendapatkan pelbagai resepi dan tips masakan. Untuk membuat tempahan kek, cupcakes, cookies dan pavlova pun boleh!! 

Juga untuk dapatkan tips terkini dan update terkini melalui email, anda boleh submit email address anda di sebelah.

Saya juga adalah seorang Pengedar Sah Shaklee atau Shaklee Independent Distributor

Klik FOLLOW THIS BLOG di sebelah kanan anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk update terkini dari blog ini!!!

Salam Sayang....=)



HUBUNGI SAYA ::

Fuzza Nissa

Mobile: 017-6961509
Blog: www.mummysayf.blogspot.com    

Facebook: Fuzza Nissa
Instagram 1: thesweettoothcupcakes
                   2: mummy_sayf

FB Fanpage: https://www.facebook.com/thesweettoothcupcake
COD :: Sg Nibong, Bayan Baru, Bayan Lepas, USM, Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang

BERMINAT UNTUK MENJANA PENDAPATAN SECARA ONLINE >>> KLIK SINI